Kawan2 aku yg tengah hamil ada bertanya pd saya mengenai pam susu. '' eh laila, ko pakai pam susu jenis apa yer?, bagus ke?, mahal ke?, beli kat mana?.. macam - macam soalan ada... kali nie ak nak update tentang Pam Susu. Ketika anak pertama, aku guna pam bateri pureen je.. konon nk dapatkn double pam sebelah lagi akugunakan pam manual anakku. Alhamdulillah aku boleh susu kan Azim 1 tahun stgh. hasil susu yg diperahkan boleh tahan banyak. kena jaga pemakanan juga. Selepas hamil kali ke 2 nie, aku lebih peka dan study / timba sebanyak ilmu tentang breastfeeding nie. So ketika aku hamil 3 bulan aku dah mula simpan duit untuk beli pam elektrik. Azam aku tahun nie nak susukan Adam secara exclusive. Insya Allah.. Kali nie aku guna pam Spectra double pumping. aku beli online je kat http://onebabyworld.com/ . Alhamdulillah, aku amat senang hati pakai pam yg baru nie. Ianya lebih jimat masa.
Suami aku menyokong penuh anak dia minum susu ibu ni. bukan sahaja menjimatkan malah berbaloi dengan kesihatan yang ank sendiri dapat.
Banyak lak aku membebel.. okey kita teruskan pada Pam susu. Pam susu ni ada 2 jenis :
* Pam Susu Manual
* Pam Susu Elektrik.
PAM MANUAL
Ada banyak jenis di pasaran contohnya pureen, medela, avent, MAM dan banyak lagi. Kebiasaannya pam jenis manual lagi murah dari yang elektrik/bateri. Cara menggunakannya sudah tentulah secara manual yang memerlukan ketangkasan tangan seorang ibu untuk menekannya hehe. Pendek kata guna tenaga sikitlah.
Kebaikan pam manual
* Ringan dan mudah dibawa
* Boleh pam di mana-mana. Dalam jam pun boleh pam
* Kuasa sedutan lebih mudah dikawal. Bagi yang dah expert mudah dapat letdown (10-15 minit dapat penuh sebotol)
Keburukan
* Lenguh tangan
* Kena pam sebelah-sebelah sebab pam manual tak ada double pump
* Sesetengah pam, komponennya banyak
PAM ELEKTRIK/BATERI
Terdapat banyak jenis juga pam elektrik seperti avent, medela, ameda dan banyak lagi.Sudah tentu pam elektrik/bateri aga sedikit mahal berbanding dengan pam manual.
Pam elektrik sesuai bagi mereka yang biasanya sibuk sewaktu bekerja, kerana dengan penggunaan double pump boleh memendekkan masa memerah sehingga separuh. Malah, anda tidak perlu langsung meninggalkan meja anda. Dengan setting yang baik, anda boleh memerah di meja sendiri.
Kebaikan pam elektrik
* Menjimatkan masa, lebih-lebih lagi dengan penggunaan double pump
* Tak melenguhkan tangan.
* Sambil pam, boleh buat kerja lain.
* Biasanya komponen kurang berbanding pam manual
Keburukan pam elektrik
* Kebanyakannya agak berat kerana menggunakan motor.
* Ada sesetengah pam menghasilkan bunyi yang agak menarik perhatian
* Selepas satu tempoh penggunaan ada risiko kuasa sedutan motor akan berkurangan.
Pam Elektrik Spectra (Ni la Pam yg aku guna skrg.)
Pam Elektrik Madela Swing
Pam Elektrik Madel Free style. (Pam ni agak mahal.)
Tak kisah la nak pilih jenis pam yang mana.. Ikut la pada kemampuan anda. Jika anda ada lebih budget boleh la beli pam elektrik yg mahal spt free style. Ianya lebih ringan dan boleh guna kuasa elektrik. Kalau budget kurang boleh beli pam manual seperti avent pun dah cukup.
Bagaimana pun, sebelum mengambil keputusan membeli apa juga jenis pam yang ada dijual, perlulah diketahui bahawa alat terbaik untuk memerah susu adalah tangan anda sendiri. Ya, ianya percuma! Anda hanya perlu cuci tangan dan sediakan satu bekas yang bersih untuk menadah susu yang diperah. Bagi yang sudah master memerah menggunakan tangan, tidak perlu lah pening kepala nak memikirkan hendak beli pam yang mana satu. Tp ianya lebih sesuai untuk ibu suri rumah. Terdapat banyak video di internet yang menunjukkan cara-cara memerah susu menggunakan tangan. Untuk ibu b'kerjaya mmg di galakkan untuk beli Pam Susu.. Untuk kemudahan anda juga..







assalamualaikum :-) . Thanks 4 following me^^ sis letakla gadget follower so i can follow u back..wink2 ><
ReplyDeleteno blog new version.. xde gadjet follower.. just ada follow + google..
ReplyDeletetq for the review...
ReplyDeleteterima kasih infonya sis....
ReplyDelete